Ukays & U.K's Amy_Ukays

Semasa bekerja di Digimix Studio, beliau bertemu dengan Mohd Komanwel (Well) yang merupakan penyanyi nasyid Dewan Bahasa Pustaka (DBP) dan gitaris utama Ukays. Pada pertengahan tahun 1994, Well mengajak beliau menyertai kumpulan Ukays lalu mencuba ujibakat di studio Sound Dimension di Kampung Pandan. Beliau diuji bakat oleh anggota-anggota Ukays dan pengurus mereka. Namun, oleh kerana Amy masih bekerja bersama Pak Ngah beliau hanya berhasrat menjadi pemain muzik sampingan bersama Ukays. Namun, pada suatu hari sebuah keratan surat khabar yang dinyatakan oleh Saari Amri memberitahu bahawa Amy sebagai ahli kumpulan tetap Ukays.

UK's di Singapura

Pada mulanya, beliau sayang kan kerjanya di Digimix Studio namun apabila Ukays menerima banyak tempahan persembahan beliau terpaksa berhenti bekerja. Pada tahun 1995, nama Ukays mula menempa populariti dan album Bisa Berbisa baru sahaja disiapkan namun perpecahan berlaku diantara anggota-anggota lain kerana masalah royalti. Maka vokalis Ukays iaitu Amir dan gitaris Amy sahaja ahli yang kekal. Penerbit Saari Amri dan Amir mengujibakat ahli baru iaitu Amirul (drum) dan Denil (gitar). Lalu nama Ukays ditukar kepada Uk's. Jualan album Bisa Berbisa mendapat sambutan yang mengalakkan dengan penjualan 350,000 unit. Amy kekal dengan Uk's hanya sebanyak 3 album iaitu Bisa Berbisa, Tajam Menikam dan Panas Berpanjangan. Kemudian, dengan persetujuan bersama Uk's memilih untuk bersama di bawah Ambang Klasik kerana memikirkan masa depan mereka. Walau bagaimanapun, setelah memasuki Ambang Klasik, Amir pula membuat keputusan menyertai kembali Saari Amri di bawah Kumbang Production dengan album Cuma Aku yang hidup pada tahun 1997.

Amy meneruskan kerjaya di bawah Ambang Klasik sebagai eksekutif bersama bekas anggota-anggota yang lain. Amy bekerja selama 2 tahun di sana.